Thursday, December 31, 2009

EnD oF ThE SemEsTer.....My SouL....


Tamatnya kuliah anatomy yang disampaikan oleh Prof.Lydia, maka secara rasminya tamatlah sudah semester pertama aku sebagai pelajar perubatan MMA,Moscow.Memang seronok rasanya dapat menghabiskan pengajian semester pertama ni...setelah kejutan demi kejutan diterima semasa memulakan pengajian sebagai pelajar perubatan. Habis saja kuliah kami pun bergerak ke kelas untuk berjumpa dengan Assoc. Prof. Anastasia, pensyarah kumpulan aku untuk mengambil tandatangan zachut.Seusai buku zachut ditandatangani,aku bersiap untuk pulang....Keluar saja dari bangunan anatomy,aku terpegun dengan salji yang turun meliputi bumi Moscow ini.Begitu putih......turun dengan lembut dan lemah gemalai...(maaf tetibe gune ayat puitis!!!) namun memang begitu menyamankan....memang begitu besar dan sempurnanya ciptaan Illahi ini...sepanjang perjalanan,memang aku gembira ....hati ini terasa damai teramat sangat....
Bercakap mengenai semester pertama..memang satu pengalaman yang amat kompleks.Terus terang aku katakan memang aku bersyukur dapat meneruskan pelajaran di Rusia.Biarpun terdapat banyak kekurangan jika dibandingkan di Malaysia,namun ia tetap satu yang istimewa.Pembelajaran di Russia memang amat berlainan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan di negara lain, namun kelainan inilah yang membawa Russia ke satu tahap yang lain dari yang lain. Tapi semuanya terletak ditangan kita samada menghargainya atau masih juga membanding bezakannya dengan yang sebelum.
Hidup di Moscow memang banyak mengajar aku erti sebenar hidup ini..Walaupun memang tak dinafikan yang aku masih baru, namun pengalaman yang sedikit ini memang membawa erti yang besar dalam hidup aku...Erti sebenar hidup manusia memang memberi satu signifikan yang begitu besar dalam hidup ...memang benarlah apa yang pernah dikatakan orang sebelum ini, manusia memang boleh meletakkan cita-cita yang diingini setinggi mana yang dikehendaki,namun adakah cita-cita selaras dengan kehendak kehidupan??
Menariknya sejak akhir-akhir ini aku memang banyak berfikir...dan makin banyak aku berfikir makin banyak yang aku dapat fahami dan kenali(ye ker ni?hehehe...)yup...!!!memang satu fakta.aku harap mampu menjadi orang yang lebih baik pada masa hadapan......sebelum aku tamatkan entri ini aku selitkan beberapa buah gambar untuk memori tahun 2009.. =)


Bersama pensyarah anatomy


Sewaktu perjalanan pulang...

Dan saya!!!! :)


p/s:
-walaupun sudah bercuti namun exam final menunggu di pertengahan januari 2010...alahaiii kacau betul laa........
-Selamat tahun baru buat semua...!!!!

No comments: