Friday, March 18, 2011

PinDah.....


Sudah lebih dua minggu berpindah...maka,akan diceritakan serba sedikit keadaan semasa di persekitaran baru ini...masih perlukan masa sebenarnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling,lebih-lebih lagi dengan situasi terpaksa berjalan kaki ke stesen metro atau ke perhentian bas yang memakan masa antara 10-14 minit....memang sesuatu yang susah pada mulanya kerana sudah lama tidak melakukan aktiviti berjalan kaki kerana sebelum ini hanya menaiki bas sahaja ke stesen metro dan perjalanan ke perhentian bas pula kurang dari 5 minit....hehe....memang segar-bugar dapat berjalan pagi2 ke kelas sambil menghirup udara pagi yang menyamankan..... =)
Keadaan di rumah semuanya memuaskan....dalam masa beberapa hari selepas berpindah,kelengkapan rumah sudah dapat dipenuhi....katil,meja dan peralatan lain semuanya diperoleh dari gedung membeli belah IKEA...memang harganya berpatutan jika dibandingkan dengan perabot dari kedai yang lain (walaupun kadang-kadang lebih kurang sama sahaja..hehe) jadi diharap selepas ni diri ini dapat kembali menumpukan sepenuh perhatian kembali dalam pelajaran dan aktiviti lain2....tidak mungkin akan dapat melupakan masalah yang berlaku sebelum ini....memang benar2 menguji kesabaran namun syukur ku panjatkan pada maha Esa kerana memudahkan segalanya...yang berlalu biarkan berlalu ( walaupun susah sebenarnya nak buat macam tu..hehe...) jadi azam baru untuk minggu ini ialah untuk menjalani hidup normal kembali seperti sediakala.... ;)