Thursday, February 24, 2011

Teman Kehidupan.....


Memang tidak dinafikan hidup memang penuh dengan ranjau dan cabaran...Dalam proses menimba pengalaman hidup tatkala diri semakin menganjak ke alam dewasa,setiap apa yang diputuskan oleh benak fikiran bakal membawa kesan pada diri sendiri...Tuhan menguji setiap hambanya yang bertakwa...hamba yang sedar akan hakikat sebuah kehidupan yang tidak pernah lekang dari ujian bisa menerima cabaran dan begitu juga sebaliknya...
Bagi diri ini,memang dugaan yang menimpa bukan syarat untuk menyalahkan diri sendiri dan juga kepada yang Maha Esa,namun sebagai satu intifada perjuangan mencari jati diri buat pedoman di hari muka....Cabaran yang datang,memang tidak dinafikan berat untuk diri ini menerima,namun akan ku gagahi jua dek kerana ada teman sepejuangan yang bersama...Tanpa mereka memang kurasakan diri ini cukup tersiksa....Benar kata pujangga "Hidup akan sunyi tanpa sahabat disisi","Hidup tak bererti walaupun emas segunung dimiliki,namun hidup akan berwarna-warni bersama rakan teman sejati"....
Dengan kaki berpasak dibumi kedua-dua tangan menjunjung langit ciptaan Illahi,jangan pernah berkata tanpa sahabat,akan bisa hidup bahagia selamanya....hidup di perantauan,jauh dari keluarga memang mengajar erti berdikari,namun berdikari bukan ertinya boleh hidup sendiri.Sahabat,rakan dan kawanlah penyeri......Hargailah mereka selagi mana kita masih bersama....!!! TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT.... =)